Selamat Malam
kau mengalir dari pagi
mengalahkan air kolam kesal
yang singgah sesekali
pada pipi.
Matahari muda di timur tadi
kemudian tua dibarat bumi
tidak sesaat pun menoleh kita
Bulan malam yang tiba
memaling muka manisnya
bukan ke arah kita
Selamat malam keringat
besok datanglah lagi.
Kalau pun matahari tidak memerhati
dan bulan bisu berlalu,
kita tidak rugi apa-apa.
2 Comments:
Benar, kerana yakin hati kita
rasa akan kehadiran cinta-Nya
dan tahu sentiasa
bahawa Dia tak pernah dusta
tak mungkin lupa
akan kita
Assalamualaikum Dato' Prof;
Saya teruja dengan kehadiran blog ini...kata-kata puitis yang tertera sungguh mengagumkan saya terhadap keperibadian Dato' Prof, apatah lagi perjuangan Dato' Prof terhadap ilmu dan seni...tahniah..semoga Dato' Prof sentiasa diberi kesihatan, kekuatan serta rahmat yang Maha Esa...amin...
ikhlas dari anakanda,
MeLyNa
Siswa Tahun 3, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Post a Comment
<< Home