Photobucket - Video and Image Hosting
We undertake to perform the Wayang Kulit (Puppet Shadow Play) & Seni Silat (Malay Martial Art) at any function & anywhere with prior arrangement. Language of performance: Malay or English. For enquires please contact: Task Global Sdn. Bhd (Miss Ili Hana 012 2222 676)
Free Web Layouts

Wednesday, June 14, 2006

Engkau Yang Perkasa

Dunia ini hanya pinjaman. Kita biasa mendengar frasa ini, tetapi apakah kita mempercayainya? Dulu semasa saya muda-muda, saya mempercayai kepada frasa ini tetapi tidak mengambil berat tentangnya. Hari ini saya menyaksikan ibu kandung saya terlantar sakit tenat di hospital. Saya langsung terus tersedar bahawa kemungkinan ibu saya ini akan berpergi adalah sesuatu yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Ibu meminjam dunia, kemudian akan meninggalkannya pada suatu hari yang ditetapkan oleh Allah SWT. Kita yang sihat walafiat ini apakah terfikir apa yang akan terjadi pada kita apabila masanya tiba nanti? Kepada kita yang merasakan bahawa kita akan hidup selamanya dan biasa bermaharajalela dengan kerja-kerja yang dilarang Allah SWT, saya abadikan satu puisi:

Engkau yang perkasa
bertulang besi
berotot tembaga
berurat dawai
pemunya dekah lantang,
mari lihat di rumah sakitku:
besi berkaratan
tembaga berpudaran
dawai berkusutan
dan tangisan berlarutan.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

salam. ucapan takziah buat YBhg Dato' Prof. Dr. Hashim Yaacob sekeluarga atas pemergian bonda tercinta pada 16 jun lalu. Semoga ruh allahyarhamah dicucuri rahmat- alfatihah

Tue Jun 27, 09:17:00 AM  

Post a Comment

<< Home