"Wahai orang-orang yang beriman sekiranya datang kepada kamu orang fasik dengan berita-berita maka siasatlah (terlebih dahulu) kebenarannya (kerana bimbang) kalau-kalau kamu mengenai sesuatu kaum tanpa pengetahuan, lalu kamu menyesal atas perbuatanmu (al-hujurat:6)
Blog ini saya wujudkan khas untuk mengingati kita supaya menghindari perbuatan yang tersangat besar musibahnya iaitu kerja-kerja memfitnah dan menghukum tanpa usul periksa.
Wednesday, June 14, 2006
Kesementaraan
Saya sesungguhnya amat bersyukur hidup di dalam negara di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana mentadbir negara dengan aman dan damai sehingga kita dapat mengecapi segala nikmat kehidupan di dunia ini. Saya banyak melihat negara-negara orang lain dan mendapati banyak negara orang lain tidak seindah negara kita. Di atas kesyukuran ini maka saya tulis sebuah puisi:
Kupetik seranting daun, di runtuhan Taman Tergantung Istana Babylon dan menyaksinya kering layu dalam simpanan buku. Aku menjadi peka, pada kesementaraan keperkasaan manusia.
Ketika kusaksi kegersangan kota Baghdad, dulunya subur disalir Tigris dan Euphrates, tampuk ilmu takhta sarjana kota itu, aku pun akur, pada kesementaraan keagungan manusia.
Dan ketika aku kembali ke negeriku, menghirup udara nyaman kotaku, aku bersyukur dengan kesederhanaannya.
Maaf kerana terpaksa menggunakan cara ini untuk mendapatkan maklumat peribadi Dato' untuk saya muatkan dalam Direktori Penulis Wilayah Timur terbitan DBP pada bulan hadapan. Mohon Dato' emelkan maklumat peribadi terkini kepada saya di alamat sharrul@dbp.gov.my. Perhatian dan kerjasama Dato' dalam hal ini amatlah diperlukan
Dato’ Prof. Dr. Hashim Yaacob graduated BDS from The Univ. of Otago, N. Zealand in 1974, MSc in Oral Pathology and Oral Medicine at the Univ. of London, FDSRCPS from the Royal College Of Physicians and Surgeons, Glasgow, UK. He is a Chartered Biologist of The Institute of Biology, UK. He was awarded the Honorary Fellowship in Dental Surgery Ed. Eundem by The Royal College of Surgeons of England. He is a Foundation Fellow in Oral Pathology of The Royal College of Pathologist of Australasia. He is the only dental surgeon in this country who has been awarded the status Fellow of The Academy Of Sc. of M’sia. Academically, he has held the posts of Head of Dept. of Oral Surgery and Oral Medicine; Deputy Dean; Dean at the Faculty of Dentistry. He then subsequently was appointed Deputy Vice-Chancellor of Student Affairs and later, the Vice Chancellor of the Univ. of Malaya. He has always believed that all people regardless of race and beliefs should live in harmony with each other. On this principle, he went on to study and obtained a Dip. in Islamic Studies that dealt mainly with Comp. Religion studies from the IIUM.
3 Comments:
selamat datang ke dunia yang paling dekat, ruang yang tiada had, dan pertemuan yang tiada batas.
dato' tulis la sokmo-sokmo, apa-apa; - kami mahu membacanya.
Assalammualaikum Dato',
Maaf kerana terpaksa menggunakan cara ini untuk mendapatkan maklumat peribadi Dato' untuk saya muatkan dalam Direktori Penulis Wilayah Timur terbitan DBP pada bulan hadapan. Mohon Dato' emelkan maklumat peribadi terkini kepada saya di alamat sharrul@dbp.gov.my.
Perhatian dan kerjasama Dato' dalam hal ini amatlah diperlukan
Belati itulah menunjuk arah
ketika hampir parah
pasrah
Kau manusia baik
Kau anak baik
Kau suami baik
Pergilah dalam keadaan begitu
Hanya Dia yang akan mengerti
Apabila sampai waktu
Post a Comment
<< Home