Kau Pergi Jua
Beliau mula menoreh getah pada usia 10 tahun, membantu ibunya yang juga menoreh getah bagi menyara hidup mereka sekeluarga yang terdiri daripada ibu bersama 3 orang anak.
Ibu saya adalah anak yang sulong. Bapanya meninggal ketika berusia lebih kurang 4 tahun. Allahyarham ibu saya tidak penah bersekolah, tetapi ibu yang saya panggil MOK akhirnya melahirkan saya dan ditakdirkan Tuhan untuk menjadi Naib Canselor ke 8 Universiti Malaya negara kita ini.
Apabila beliau meninggal dunia saya juga turut meninggalkan jawatan Naib Cancelor Universiti Malaya setelah berkhidmat selama 3 tahun.
Beberapa hari yang lalu saya pulang ke kampung dan melihat peninggalan arwah MOK yang tidak seberapa. Katilnya di mana beliau tidur masih kukuh di bilik tidur. Pada mulanya saya tidur di katilnya itu dan mengingati kembali waktu lampau di mana saya sering tidur di atas katil itu di sebelah MOK. Terasa benar saya kehilangannya. Saya tulis 3 baris ayat pada waktu itu:
Semalam aku tidur di katil mu
terasa seperti engkau berada disisiku
MOK, aku rindukanmu....
4 Comments:
Kepada YB Dato'Hashim, harap Dato ' bersabar dan tabah di atas segala dugaan yang datang..sesungguhnya pasti ada hikmah di sebalik semua ini..
salam anonymous,
afdalnya sdr/i perkenalkan identiti sdr/i agar lebih mesra ukhuwwah terjalin.
salam hormat,
webmaster
ucapan takziah daripada saya. semoga roh beliau dicucuri rahmat. amin..
ucapan takziah daripada saya. semoga roh ibu dato' ditempatkan digolongan org2 yang beriman dan dicucuri rahmat. amin.
Post a Comment
<< Home