Photobucket - Video and Image Hosting
We undertake to perform the Wayang Kulit (Puppet Shadow Play) & Seni Silat (Malay Martial Art) at any function & anywhere with prior arrangement. Language of performance: Malay or English. For enquires please contact: Task Global Sdn. Bhd (Miss Ili Hana 012 2222 676)
Free Web Layouts

Sunday, January 28, 2007

Diskusi Buku "Rupa & Bentuk: Busana Melayu"



Bicara buku "Rupa dan Bentuk: Busana Melayu"
karya:
AZAH AZIZ
Pada:
8 FEBRUARI 2007
Bertempat di:
AUDITORIUM FAKULTI SASTERA, UNIVERSITI MALAYA
Jam:
9.00 PAGI
Pembicara:
YBHG. DATO' PROF. DR. HASHIM YAACOB
YBHG. PROF. MADYA NAJIB
YBHG. DATO' ZAWIAH BABA
Semua dijemput hadir. Masuk adalah percuma

Saturday, January 27, 2007

Beraksi Melalui Puisi

Ada banyak perkara yang tak kena dalam hidup kita. Kita perlu melakukan sesuatu untuk membetulkan apa yang tidak kena. Sebagaimana hadis daripada Abu Sa'iid al-Kudri, katanya
"Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa daripada kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidah. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman." [Riwayat Muslim]

Saya buat dengan perkataan melalui puisi saya ini:

JEBAT YANG SETIA

Binalah kembali
menara gadingmu
yang hampir roboh
akibat buruk jaga
dengan Jebat hulubalang setia
pada kawan dan bangsa.

Berani mati ia
atas kebenaran.
Tapi taatnya ada batas.

Biarkan Jebat yang berkawal
pada segenap pintu menaramu
yang tujuh belas itu
dengan keris
tersarung pada pinggang.

Usah kau curiga
pada setia si Jebat.
Hatinya takkan membara
jika tidak kau bakar.
Tidak derhaka ia kalau tidak teraniaya.


GELITA JATI GADING WAK DAN SAKDA ROKA

I
Masih adakah lagi padamu Dollah
Sebilah Keris Gelita Jati

Yang ditempa oleh Sang Dewa Rata
dalam kolam Permai Setaman Bunga?
yang asal besinya tiga beradik:
Kakak tua bernama Maharaja Kersemi Be
Yang tengah Agok Ading
Adik bongsu Bapa Besi Sekubang Darah.

Aku bertanya
kerana kini sudah jelma
bota-bota penderhaka bangsa
bertubuh kebal belaka
tidak lut senjata biasa.


Kiranya ada padamu Dollah,
senjata sakti Radin Lakjuna itu,
pinjamkanlah aku untuk seketika.
Kepingin sungguh aku turun ke padang alun-gemalun,
bertemu muka bota-bota derhaka
bersama Keris Sakti Radin Lakjuna.


II

Wahai Dollah,
Kiranya kecundangku di tangan bota
lalu terjelepok di padang kolor-bolor
segeralah engkau ke negeri Derdap Muda
Tanah Mayam Perbuangan Sari,
di persemayaman Sri Rama
Maharaja Perkam Bersedang Ratna,
dan minta padanya:

Anak panah Gading Wak
Anak panah Sakda Roka,
Yang asalnya dari Germak Jang Tiga Lapan
batang bergelar Tembaga Runa,
tali bergelar Ular Sawa Tita Pesaka,
kerajat bergelar Darah menyembur
mata bergelar Mayat Cendera.


Aku tahu dari dulu Dollah,
yang Gading Wak
dan Sakda Roka itu,
adalah sahabat pada yang setia
dan seteru pada yang derhaka.

Pun, engkau akan menjadi saksi Dollah:

Akan kubaca isin uragedi
bangkitkan terca seribu lapan,
harkah empat bersilih harkei
titih lalu senjata pati.
Dongak ke langit ingatkan ibu.
Pecah langkah empat gayung.

Akan aku berkemas pakaian,
berdakap siku lengan,
undur tiga langkah mara tiga langkah,
akan kurempuh kubu bota,
bersama Gading Wak Sakda Roka.

Hutang tepuk kan kubayar tepuk.
Hutang tampar kan kubayar tampar.