Photobucket - Video and Image Hosting
We undertake to perform the Wayang Kulit (Puppet Shadow Play) & Seni Silat (Malay Martial Art) at any function & anywhere with prior arrangement. Language of performance: Malay or English. For enquires please contact: Task Global Sdn. Bhd (Miss Ili Hana 012 2222 676)
Free Web Layouts

Wednesday, September 13, 2006

Bicara Laksamana Melayu Pada Abad 21

KATA HANG TUAH PADAKU

Semalam ku bertemu Hang Tuah.
Dia berkata padaku, betapa
kesal hatinya menipu Teja.
Budi pada tuannya melampau batas.

Tuah berkata padaku, betapa
sengsara jiwanya membunuh Jebat.
Budi pada tuannya melampau batas.

Tuah berkata padaku, betapa
bodohnya dia ke Gunung Ledang
mencari yang tiada.
Budi pada tuannya melampau batas.

Aku hanya diam.
Tunggulah
akan kujawab besok malam.

Saturday, September 09, 2006

Syarahan "Membina Jambatan Timur dan Barat"

Dengan sukacita dimaklumkan bahawa pada 13 September 2006 (Rabu) jam 8.30 malam di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (DTC), satu syarahan yang bertajuk "MEMBINA JAMBATAN TIMUR DAN BARAT" akan diadakan di bawah anjuran Pusat Peradaban Universiti Malaya. Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Hamid Pak Wan Teh, Yang Dipertua Dewan Negara akan mempengerusikan syarahan ini. Syarahan ini akan disampaikan oleh Y.Bhg Dato' Prof. Dr. Hashim Yaacob. SEMUA RAKYAT DIJEMPUT HADIR. Hashim akan mengutarakan hal-hal kebebasan dan hak, prinsip keamanan dan keadilan serta perkara-perkara yang berkaitan.

Sempena syarahan itu, Hashim telah menulis sebuah puisi yang menyatakan perasaannya mengenai peperangan dan kekejaman bertajuk "Doa Kepada Tuhan".


DOA KEPADA TUHAN

Tuhan
Ketika Abrahah melanda Mekah
dengan seangkatan gajah,
dan Abdul Mutalib tiada kuasa
melindungi Kaabah,
Kau menitah selangit Ababil
merejam batu.
Abrahah dan gajah hancur jadi debu.

Ketika Rameses memburu Musa
dengan tentera berkuda
dan Musa terkepung di Laut Merah,
Kau membelah laut memberi laluan.
Rameses dan tentera karam ditelan lautan.

Ketika Sharon meranap Palestin,
Olmet melebur Lubnan
lelaki ditembak wanita digasak
anak-anak menjerit keperitan
dan Yasser kehabisan peluru
Hizbullah bermandikan darah
siapa datang membantu?

Maka!
Bush dan Blair pun menghina Islam
dengan seangkatan padah.
Yang bujur lalu, melintang patah.

Wahai langit yang cerah, dan laut yang biru
masih ingatkah kau lagi
pada doa Abdul Mutalib
pada doa Musa yang mustajab itu?

Aku ingin berdoa
dengan semustajab doa
memohon Kau Tuhan
membantu Islam yang kian kaku.

Hashim Yaacob
8 September 2006