Photobucket - Video and Image Hosting
We undertake to perform the Wayang Kulit (Puppet Shadow Play) & Seni Silat (Malay Martial Art) at any function & anywhere with prior arrangement. Language of performance: Malay or English. For enquires please contact: Task Global Sdn. Bhd (Miss Ili Hana 012 2222 676)
Free Web Layouts

Saturday, September 09, 2006

Syarahan "Membina Jambatan Timur dan Barat"

Dengan sukacita dimaklumkan bahawa pada 13 September 2006 (Rabu) jam 8.30 malam di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (DTC), satu syarahan yang bertajuk "MEMBINA JAMBATAN TIMUR DAN BARAT" akan diadakan di bawah anjuran Pusat Peradaban Universiti Malaya. Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Hamid Pak Wan Teh, Yang Dipertua Dewan Negara akan mempengerusikan syarahan ini. Syarahan ini akan disampaikan oleh Y.Bhg Dato' Prof. Dr. Hashim Yaacob. SEMUA RAKYAT DIJEMPUT HADIR. Hashim akan mengutarakan hal-hal kebebasan dan hak, prinsip keamanan dan keadilan serta perkara-perkara yang berkaitan.

Sempena syarahan itu, Hashim telah menulis sebuah puisi yang menyatakan perasaannya mengenai peperangan dan kekejaman bertajuk "Doa Kepada Tuhan".


DOA KEPADA TUHAN

Tuhan
Ketika Abrahah melanda Mekah
dengan seangkatan gajah,
dan Abdul Mutalib tiada kuasa
melindungi Kaabah,
Kau menitah selangit Ababil
merejam batu.
Abrahah dan gajah hancur jadi debu.

Ketika Rameses memburu Musa
dengan tentera berkuda
dan Musa terkepung di Laut Merah,
Kau membelah laut memberi laluan.
Rameses dan tentera karam ditelan lautan.

Ketika Sharon meranap Palestin,
Olmet melebur Lubnan
lelaki ditembak wanita digasak
anak-anak menjerit keperitan
dan Yasser kehabisan peluru
Hizbullah bermandikan darah
siapa datang membantu?

Maka!
Bush dan Blair pun menghina Islam
dengan seangkatan padah.
Yang bujur lalu, melintang patah.

Wahai langit yang cerah, dan laut yang biru
masih ingatkah kau lagi
pada doa Abdul Mutalib
pada doa Musa yang mustajab itu?

Aku ingin berdoa
dengan semustajab doa
memohon Kau Tuhan
membantu Islam yang kian kaku.

Hashim Yaacob
8 September 2006

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Kau menitah selangit Ababil

itulah bait yang cukup bermakna. Kau itu adalah yang meliputi seluruh alam ini yakni yang Esa.

Manakala selangit ababil pula merupakan metafora yang cukup mendalam maksudnya...tidak terbayang kita sebagai manusia ini selangit ababil itu bagaimana rupanya...

wallahualam...

Dato' teruskan menulis dan menyumbang kepada dunia penulisan. Yang penting keikhlasan itu perlu bertunjang pada hati luhur dan murni. Maka kita sebagai insan perlu bersandar pada sesuatu, yakni Dia. Tiada wujud kita yang hanya wujud itu adalah Dia, Maha Suci Allah.

Maka dari situ kita pacu kenderaan kita yakni hati, kelautan ketuhanan yang tidak bertepi. Bila sampai disitu, kenikmatan itu lah yang hakiki. Akan terasa rahsia-rahsia Allah yang kekan nan abadi.

Wallahualam..

Salam karya..

azhar a.k.a curasimanjakini.
esasterawan.com

Wed Sep 13, 05:26:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

bergenang airmata membaca sajak tuan. Mungkin langit dan laut sudah bosan melihat tingkah kita...

Wed Oct 04, 01:54:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

2z0YkX The best blog you have!

Fri Nov 02, 11:49:00 AM  

Post a Comment

<< Home