Photobucket - Video and Image Hosting
We undertake to perform the Wayang Kulit (Puppet Shadow Play) & Seni Silat (Malay Martial Art) at any function & anywhere with prior arrangement. Language of performance: Malay or English. For enquires please contact: Task Global Sdn. Bhd (Miss Ili Hana 012 2222 676)
Free Web Layouts

Wednesday, September 13, 2006

Bicara Laksamana Melayu Pada Abad 21

KATA HANG TUAH PADAKU

Semalam ku bertemu Hang Tuah.
Dia berkata padaku, betapa
kesal hatinya menipu Teja.
Budi pada tuannya melampau batas.

Tuah berkata padaku, betapa
sengsara jiwanya membunuh Jebat.
Budi pada tuannya melampau batas.

Tuah berkata padaku, betapa
bodohnya dia ke Gunung Ledang
mencari yang tiada.
Budi pada tuannya melampau batas.

Aku hanya diam.
Tunggulah
akan kujawab besok malam.

3 Comments:

Anonymous curasimanjakini said...

Assalammualaikun Dato'

Pada hemat saya, dato' mempunyai jati diri melayu yang amat kuat. Byk puisi dato' berkisar tentang patriotisme....
Daripada bait2 puisi dato tersingkap pemikiran Dato' amat dalam dan tajam.

Tak sabar saya menunggu besok malam

Apa gerangan jawapan terpendam....???

Lagi satu ada puisi dato yang menyayat hati saya yang bertajuk "Pesan seorang Ayah pada Si Anak" Selalu kalau ke mana-mana Dato Jins akan mendeklamasikannya....


azhar a.k.a curasimanjakini
E-SASTERAWAN

Wed Sep 13, 10:40:00 PM  
Anonymous ummi said...

akan kujawab besok malam...

akan ku tunnggu jawapan esok malam...

Wed Sep 20, 04:01:00 PM  
Anonymous ummi said...

Assalammualaikum....selamat
menyambut Ramadan yang
mulia.

Fri Sep 22, 11:55:00 AM  

Post a Comment

Create a Link

<< Home