Photobucket - Video and Image Hosting
We undertake to perform the Wayang Kulit (Puppet Shadow Play) & Seni Silat (Malay Martial Art) at any function & anywhere with prior arrangement. Language of performance: Malay or English. For enquires please contact: Task Global Sdn. Bhd (Miss Ili Hana 012 2222 676)
Free Web Layouts

Tuesday, July 11, 2006

Melangkah Menjunjung Maruah

Bila khidmat kita tidak diperlukan lagi maka kita hendaklah berundur dengan cara yang terhormat dan bermaruah. Inilah yang telah saya lakukan setelah perkhidmatan saya sebagai Naib Canselor berakhir.

* Lambaian selaksa makna buat warga Universiti Malaya sebaik sahaja berakhirnya perkhidmatan Dato' Prof. sebagai Naib Canselor UM yang ke-8, mengamanatkan kecemerlangan yang pernah beliau bina terus dilestarikan. Sesungguhnya yang patah tumbuh tak serupa, yang pergi diganti tak sama, walaupun kita jauh di mata
namun di hati seperti biasa - webmaster

Sunday, July 02, 2006

Semoga Diterima Allah SWT Doa Kami

Semalam ada dibuat majlis tahlil untuk arwah ibu saya. Ada lebih kurang 30 orang yang datang bertahlil. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas budi baik mereka mendoakan kesejahteraan ke atas arwah ibu saya. Tiga orang dekan datang, 2 orang pengetua, beberapa orang penyelia dan mahasiswa yang hadir.

Kau Pergi Jua

Ibu kandung saya telah meninggal dunia pada tanggal 16 Jun 2006 pada usia 82 tahun. Allahyarhamah meninggalkan satu keluarga yang merelakan beliau pergi.
Beliau mula menoreh getah pada usia 10 tahun, membantu ibunya yang juga menoreh getah bagi menyara hidup mereka sekeluarga yang terdiri daripada ibu bersama 3 orang anak.
Ibu saya adalah anak yang sulong. Bapanya meninggal ketika berusia lebih kurang 4 tahun. Allahyarham ibu saya tidak penah bersekolah, tetapi ibu yang saya panggil MOK akhirnya melahirkan saya dan ditakdirkan Tuhan untuk menjadi Naib Canselor ke 8 Universiti Malaya negara kita ini.

Apabila beliau meninggal dunia saya juga turut meninggalkan jawatan Naib Cancelor Universiti Malaya setelah berkhidmat selama 3 tahun.
Beberapa hari yang lalu saya pulang ke kampung dan melihat peninggalan arwah MOK yang tidak seberapa. Katilnya di mana beliau tidur masih kukuh di bilik tidur. Pada mulanya saya tidur di katilnya itu dan mengingati kembali waktu lampau di mana saya sering tidur di atas katil itu di sebelah MOK. Terasa benar saya kehilangannya. Saya tulis 3 baris ayat pada waktu itu:

Semalam aku tidur di katil mu
terasa seperti engkau berada disisiku
MOK, aku rindukanmu....